TAJUK :
SEJARAH SEORANG SAUDARA BARU(MUALAF) DI KARIAH ANDA DAN PERANANNYA DALAM DAKWAH..
DISEDIAKAN UNTUK :
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU151
DISEDIAKAN OLEH :
NOR HIDAYU BINTI DAUD
NO MATRIK : 2010445582
KUMPULAN : ASD2Fn
PROGRAM :
DIPLOMA SAINS GUNAAN
(AS120)
TARIKH HANTAR :
28 februari 2011
ISI KANDUNGAN
TAJUK
SEJARAH SEORANG SAUDARA BARU(MUALAF)
DAN PERANANNYA DALAM DAKWAH
1. ISI KANDUNGAN
2. ABSTRAK
3. SEKAPUR SIRIH
4. DISEBALIK TIRAI PERIBADI
5. MENYULAM KISAH SILAM
6. SAAT TIBANYA SEBUAH HIDAYAH
7. DUA TAHUN BERLINDUNG DALAM PETUNJUK ILAHI
8. SAAT TIBANYA SEORANG SURI HIDUP
9. SEGALA RAHSIA TERBONGKAR
0. GERBANG PERKAHWINAN SEBAGAI SEORANG MUSLIM
11. PERANANNYA DALAM DAKWAH
12. PENUTUP
13. RUJUKAN
ABSTARK…
TAJUK
SEJARAH SEORANG SAUDARA BARU(MUALAF) DI KARIAH SAYA DAN PERANANYA DALAM ISLAM….
Mualaf dari segi bahasa bermaksud seseorang yang bukan beragama islam yang baru memeluk agama islam secara rasmi dengan tatatertib yang tertentu oleh seseorang tertentu. Manakala dari segi istilah pula mualaf bermaksud pengislaman saudara baru kepada agama islam setelah mendapat cahaya hidayah daripada Allah s.w.t demi mendapatkan ketenangan dan keindahan cara hidup islam yang lebih teratur dan melaksanakan segala kewajipan-kewajipan islam serta meninggalkan segala larangan-laranganNya.Tidak mustahil bagi seseorang yang jauh dalam kegelapan untuk berhijrah kepada islam jika Yang Maha Kuasa berkehendakannya.Pabila Allah telah berkehendak dan memberikan hidayah kepada seseorang, tak ada seorang pun yang mampu menolaknya. Dan bila Allah tidak menghendakinya, seberapa pun baiknya akhlak orang itu, tetap saja ia tidak akan beriman.
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk."
(QS Al-Qashash [28]: 56).
Namun dalam mencari kebaikan, sudah tentu pelbagai dugaan yang perlu ditempuh oleh seorang mualaf dengan penerimaan dan pelbagai tentangan oleh ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.Justeru saya cuba mendalami sebuah cerita oleh seorang mualaf di kariah saya untuk pedoman bersama melalui pengalaman yang dilalui beliau.
Tidak ramai yang memahami kesukaran seorang mualaf , padahal sebagai Muslim baru, mereka memerlukankan teman, tempat berlindung, dan juga pembimbing. Orang-orang yang baru saja berhijrah ke dalam Islam sudah semestinya memerlukakan teman dan sahabat yang dapat memberi dorongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga maupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara sederhana !
SEKAPUR SIRIH…
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya saya dapat melaksanakan kerja kursus tentang sejarah seorang mualaf di kariah saya dan peranannya dalam islam dengan lancarnya.Sejuta penghargaan kepada ustaz Abd Aziz Harjin yang merupakan pensyarah CTU 151 Uitm Kampus Arau,Perlis dalam memberi bimbingan tentang kaedah-kaedah tugasan.Tidak lupa juga kepada ibubapa saya yang banyak memberi sokongan malah dari segi wang mahupun kemudahan pengangkutan untuk membawa saya menebual mualaf yang juga merupakan rakan sekerja kepada bapa saya.Bapa saya juga banyak memberi maklumat berkaitan mualaf tersebut dan membawa saya ke rumahnya untuk ditemubual.
Saya sangat berbesar hati dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dengan bantuan pelbagai pihak di samping dapat menimba ilmu dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan iaitu menebual seorang saudara baru(mualaf).Selain itu, saya juga dapat menyelami segala dugaan beliau dalam mengharungi segala kesukaran untuk memeluk islam.Dengan kesabaran dan keteguhan hati beliau untuk memeluk islam menarik perhatian saya untuk mengagumi beliau.
Selain itu, saya juga mendapat kebenaran oleh beliau untuk merakamkan beberapa keping foto beliau sebagai rujukan dan juga lampiran.
Seterusnya,saya telah menyingkap sedikit sebanyak tentang sejarah silam beliau sebelum memeluk islam untuk dijadikan panduan kepada mualaf-mualaf baru dalam mengharungi dugaan yang melanda bahkan sebuah pengajaran kepada penganut agama lain untuk tertarik mengikut jejak beliau.
Di samping itu,saya juga mempelajari banyak pengajaran daripada saudara baru ini berkaitan dengan kekuatan beliau selepas memeluk agama islam demi mempertahankan niat beliau untuk menjadi seorang muslim yang sejati walaupun terpaksa menyembunyikan hasrat beliau itu daripada keluarga sendiri.Justeru saya berbangga mempunyai pengalaman dalam menyiapkan tugasan ini untuk menrungkai sebuah kisah pahit maung seorang saudara baru di kariah saya.
Disebalik Tirai Peribadi…
Seorang insan sederhana,dia dilahirkan sebagai penganut agama Hindu dalam keluarga berbangsa india.Diberi nama oleh orang tuanya sebagai Kalaiselvel A/L Ragupathy yang dikenali sebagai Kalai olah teman-temannya.Namun setelah memeluk agama islam,namanya ditukar dengan Muzhafar Kalaiselvel bin Abdullah atau dikenali sebagai Mus.Umurnya sekitar 40an dan dilahirkan pada 5 March tahun 1971 Masihi di Hospital Pulau Pinang.Merupakan seorang kerani di sebuah syarikat swasta Penang Port Sdn. Bhd. di pelabuhan Pulau Pinang.
Dilahirkan sebagai anak kedua daripada empat orang adik-beradik dan hidup dalam kelompok keluarga yang sederhana di sebuah kampung melayu yang dikenali sebagai Kampung Gelugor.Majoriti rata-rata penduduk kampung tersebut merupakan kelompok orang Melayu.Hal ini menjadikan keluarga tersebut terdedah dengan pengaruh daripada kaum melayu baik dari segi budaya, makanan, pergaulan serta agama islam yang sememangnya agama bagi kaum Melayu.Bapanya,Ragupathy A/L Seenivesen, 68 tahun merupakan seorang peniaga manakala si ibunya pula,Kalavathy A/P Muniandy,65 adalah suri rumahtangga sepenuh masa.
Kenangan bersama adik beradik sewaktu zaman kanak-kanak
Meskipun berlainan agama,Mus yang dahulunya merupakan bangsa India tidak sama sekali merasa sedikit pun unsur-unsur diskriminasi oleh kaum melayu iaitu dari segi pergaulan antara golongan kulit putih dan berkulit hitam mahupun berkulit sawo matang sekalipun.Hidupnya yang sudah terbiasa dengan bahasa melayu menyebabkannya sangat fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan ini sehingga menjadi kebiasaan dalam berkomunikasi antara ahli keluarganya. Hal ini meyebabkan Mus mempunyai ramai teman dari kalangan orang Melayu berbanding India sehingga dia sering digelar dengan nama ‘ Malik Redzuan ‘ oleh teman-teman sebangku sekolah dengannya malah juga daripada kalangan guru-gurunya sendiri.Oleh sebab itu,dia lebih senang bergaul dengan kaum melayu berbanding dengan kaumnya sendiri. Namun baginya tiada perbezaan antara kaum dalam negara ini yang sememangnya merupakan negara 1Malaysia.
Bersama rakan-rakan yang majoritinya merupakan orang melayu
Keterampilan sikap orang melayu yang lembut dengan tatatertib dalam kehidupan menyebabkan Mus sangat mengagumi orang melayu dan menyenanginya,meskipun dia belum mengenali agama Islam sepenuhnya,namun dia sudah tertarik dengan akhlak yang ditunjukkan.Hal ini kerana orang Melayu itu sendiri memainkan peranan sebagai ‘role model’ kepada kaum lain untuk menyebarkan akhlak-akhlak islamiah kepada penganut agama lain dengan mengamalkan segala tututan dalam islam dalam melalui ranjau kehidupan di dunia fana ini.
Hal ini berdasarkan firman Allah yang berbunyi :
“…orang –orang yang beriman lelaki dan perempuan menjadi penolong bagi sesetengah yang lain, mereka menyuruh membuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan…..”
(Surah at-Taubah ayat 71)
Firman ini jelas menyeru umat manusia yang beriman untuk berbaik – baik sesama sendiri yang sememangnya diamanahkan untuk menjadi khalifah di bumi Allah ini. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang diperintahkan olehNYA. Hal ini dibuktikan lagi berdasarkan firmanNYA :
“….Dialah yang menjadikan kamu khalifah dan meningkatkan kamu ke atas sesetengah yang lain beberapa darjat,karana hendak menguji kamu pada apa yang dikuniakanNya kepadamu….”
Selain itu,Mus juga mempunyai sebuah keluarga angkat yang begitu prihatin terhadap segala kemasalahannya berkaitan dengan agama islam. Benarlah kata – kata orang tua,’tak kenal maka tak cinta’. Segala kecintaanya terhadap agama islam mula berputik bak bunga kembang pagi oleh kerana dengan dorongan keluarga angkatnya ini yang sentiasa menjadi tulang belakangnya dalam menempuh ranjau berliku demi mencari islam yang hakiki.
Bapa angkatnya yang dikenali sebagai Haji Yusuf bersama pasangannya Puan Salmah sememangnya mula mengenali Mus melalui anak perempuan mereka yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Zai.Kak Zai yang merupakan rakan sekerjanya mula mengenali Mus sejak mereka bekerja di sebuah kilang iaitu Seagate Penang Industry di daerah Bayan Lepas,Pulau Pinang. Keterampilan Mus seperti orang melayu menarik perhatian Kak Zai jika hendak dibandingkan dengan pekerja-pekerja india yang lain. Hal ini member peluang kepada Mus untuk mula mendekati dan mengenali agama islam melalui sifat keterbukaan Kak Zai yang menawarkan pertolongan dan membawa Kalai untuk berjumpa dengan orang tuanya.
Menyulam Kisah Silam…
Oleh kerana Mus tinggal dalam kelompok komuniti bangsa Melayu, dia mudah bergaul dengan sesiapa sahaja memandangkan dia bersekolah di sekolah kebangsaan yang melibatkan bangsa melayu lebih ramai berbanding bangsa India.Namun begitu,hal ini tidak menjadi masalah kepadanya untuk menyesuaikan diri dalam kelompok tersebut meskipun dia bukan beragama islam ketika itu.
Teman seperjuangan yang bersama-sama di bangku sekolah adalah menjadi contoh utama kepadanya.Mereka yang sentiasa menonjolkan sikap-sikap positif mendorongnya untuk menerjah sendiri rahsia disebalik keindahan islam.Segala tauladan mengenai agama islam yang sering menjadi tajuk bualan antara rakan-rakannya menyinar hatinya mengenai cahaya islam.Hal ini sedikit sebanyak mencambahkan benih-benih keinginan di hatinya untuk mula menyingkap kesempurnaan islam sebagai agama Ad-Deen.
Di samping itu,memandangkan Mus sering dikelilingi dengan pelajar-pelajar muslim,malah terpaksa mengikuti pelajaran pendidikan islam,pada suatu hari Kalai ditemui oleh seorang guru agama islam(ustaz) yang pada ketika itu mengajar pendidikan jawi di kelasnya dan dia terpaksa mengikutinya bersama pelajar-pelajar muslim yang lain. Mus diminta oleh ustaz untuk membaca sepotong ayat al-Quran yang dibimbing oleh ustaz tersebut.
Namun apa yang terjadi..??Bacaannya mendapat pujian oleh ustaz tersebut dan menarik perhatian rakan-rakan sekelasnya. Ustaz tersebut memuji akan kesempurnaan lantunan bacaannya walaupun hanya dengan sekali tunjuk ajar. Hatinya sungguh berbesar hati dengan penghargaan yang diberikan oleh ustaz tersebut dan menyentuh hatinya terhadap keunikan islam serta mula bertekad untuk mendalami isi kandungan al-Quran dengan lebih lanjut lagi.
Namun apa yang terjadi..??Bacaannya mendapat pujian oleh ustaz tersebut dan menarik perhatian rakan-rakan sekelasnya. Ustaz tersebut memuji akan kesempurnaan lantunan bacaannya walaupun hanya dengan sekali tunjuk ajar. Hatinya sungguh berbesar hati dengan penghargaan yang diberikan oleh ustaz tersebut dan menyentuh hatinya terhadap keunikan islam serta mula bertekad untuk mendalami isi kandungan al-Quran dengan lebih lanjut lagi.
Saat Tibanya Sebuah Hidayah…
Suatu hari,dalam kelapangan masa terdetik di hatinya untuk menelaah buku di perpustakaan. Dengan tertib,Mus meneliti buku-buku yang tersusun rapi di rak yang disediakan mengikut segmen-segmennya tersendiri. Namun sesuatu yang tidak disangka pabila dia terpandang disebalik susunan buku geografi,science and technology,biology dan fizik, terdapat sebuah buku agama yang bertajuk ‘Azab Kubur’. Kehairan menerpa di benaknya ketika itu.Sepantas kilat dia mencapai buku tersebut untuk meneliti isi kandungannya.
Umpama cetusan sebuah hidayah terpancar di hatinya setelah menghayati segala kandungan yang terdapat dalam buku tersebut. Kegerunan,kegentaran,keperitan akan seksaan azab kubur dirasainya dengan penuh penghayatan.Dia seolah-olah baru tersedar dari mimpi yang panjang sepanjang hidupnya. Baru kini dia mengerti erti sebenar manusia diciptakan. Sungguh menakjubkan segala ketentuan Allah untuk memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya walau hanya dengan sekadar coretan dari sebuah buku sebagai perantaraan.
Sejak itu,Mus mula berminat untuk bertanya hal-hal yang berkaitan dengan agama islam kepada rakan-rakannya tanpa segan dan silu.Dia juga tidak berputus asa untuk membeli buku-buku agama untuk menjelaskan serta merungkaikan lagi segala persoalan yang bermain di fikirannya selama ini. Tidak cukup lagi dengan itu,Mus sentiasa berulang alik untuk berjumpa dengan bapa angkatnya,Haji Yusuf yang sememangnya seorang yang alim berkaitan dengan ilmu agama islam. Dalam sesi soal jawab bersama bapa angkatnya itu,Mus menyatakan hasratnya untuk memeluk agama islam kepada keluarga angkatnya tanpa pengetahuan keluarga kandungnya sendiri. Hal ini adalah untuk mengelakkan berlakunya perselisihan faham antara dirinya dengan keluarga kandungnya terhadap persefahaman agama yang mereka anuti selama ini.
Oleh itu,pada awal tahun 1992,Kalaiselvel A/L Raguphaty melafazkan dua kalimah syahadah dengan penuh syahdu ketika usianya menjangkau 21 tahun di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia(PERKIM). Kini secara rasminya dia bergelar seorang muslim. Namanya ditukar kepada Muzhafar Kalaiselvel bin Abdullah.Saat kalimah keramat tersebut dilafazkan,Mus merasakan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata,suatu ketenangan dan kedamaian yang hanya ada pada islam.
Dua Tahun Berlindung Dalam Petunjuk Ilahi…
Sejak pengislaman Muz sebagai seorang muslim,kini segala rutin sehariannya sentiasa dipenuhi dengan menelaah buku-buku islamiah dan mendapatkan bimbingan serta tunjuk ajar daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia(PERKIM) di samping mengamalkan segala pengetahuannya terhadap agama islam seperti solat lima waktu dan berpuasa di bulan Ramadhan. Namun begitu,adalah menjadi kebimbangannya untuk menjelaskan status keislamannya kepada kedua orang tuanya. Kegelisahan dan kegentarannya tidak dapat digambarkan tentang betapa sukarnya untuk menjelaskan segalanya kepada mereka yang tidak mengerti apa-apa berkaitan dengan agama islam.
Sesungguhnya dia sendiri tidak dapat meramalkan apakah reaksi kedua ibubapanya berikutan dengan penjelasannya nanti. Apakah mereka akan berasa marah??kecewa??sedih??menentang??atau lansung memutuskan jalinan ikatan kekeluargaan antara mereka. Segalanya menjadi satu igauan kepadanya saban hari berlalu.! Ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa..!
Sesungguhnya dia sendiri tidak dapat meramalkan apakah reaksi kedua ibubapanya berikutan dengan penjelasannya nanti. Apakah mereka akan berasa marah??kecewa??sedih??menentang??atau lansung memutuskan jalinan ikatan kekeluargaan antara mereka. Segalanya menjadi satu igauan kepadanya saban hari berlalu.! Ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa..!
Namun,hal ini tidak pernah meruntuhkn semangatnya bahkan sentiasa berusaha sebaik mungkin agar sinar keimanan yang telah bertakhta di hatinya tidak mudah luntur dek kesukaran yang dihadapinya untuk merahsiakan segalanya dari pengetahuan mereka. Malah keluarga angkatnya sendiri memberi kekuatan dan menyokongnya dalam usaha menjaga rahsia tersebut sehingga terbongkar pabila tiba waktunya yang sesuai suatu hari nanti.
Hal ini bertambah rumit memandangkan Mus masih lagi menetap bersama ahli keluarganya dan menyebabkannya terpaksa memastikan segala amal ibadatnya sebagai seorang muslim tidak diketahui dan dihidu oleh ahli keluarganya sendiri. Pada ketika itu,Mus sedang bekerja di sebuah kilang yang memaksanya mengikuti ‘shift’ yang ditetapkan dan sering pulang ke rumah pada lewat malam. Justeru kewajipannya untuk melaksanakan solat lima waktu hanya dilakukan di masjid yang berdekatan tanpa pengetahuan ahli keluarganya.
Oleh itu,tiada sesiapa di kalangan ahli keluarganya menyedari akan keislamannya walaupun sudah menjangkau dua tahun lamanya. Suatu pencapaian yang membanggakan sebagai seseorang insane baru yang baru mengenali islam. Kesabarannya begitu kental untuk bertahan sebagai seorang muslim sejati.
Oleh itu,tiada sesiapa di kalangan ahli keluarganya menyedari akan keislamannya walaupun sudah menjangkau dua tahun lamanya. Suatu pencapaian yang membanggakan sebagai seseorang insane baru yang baru mengenali islam. Kesabarannya begitu kental untuk bertahan sebagai seorang muslim sejati.
Dalam tempoh tersebut, Mus sentiasa memanjatkan doa untuk menguatkan hatinya dalam melaksanakan segala amal ibadatnya dengan sempurna. Syukur, dalam kesusahan seumpama ini, dia masih berjaya memenuhi segala tuntutan kelima-lima rukun islam dengan sebaiknya sepanjang tempoh dua tahun tersebut.. Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih menjadi prinsip hidupnya kini.
SAAT TIBANYA SEORANG SURI HIDUP
Mus mula bertemu dengan seorang gadis pilihan hatinya ketika sedang bekerja di sebuah kilang perindustrian. Seorang gadis Melayu, bernama Fatimah binti Ismail yang telah menambat hatinya itu merupakan rakan sekerjanya. Keluhuran peribadi yang ditunjukkan Mus dan kefasihan dalam tutur bicaranya persis orang Melayu menarik perhatian Fatimah yang sebelumnya menyangka Mus adalah seseorang yang berbangsa India dan bukan beragama Islam. Akan tetapi, sangkaannya meleset setelah mengetahui Mus sudah beragama islam dan merupakan mualaf selama hampir dua tahun ketika itu.
Setelah membuat keputusan,Mus manyatakan hasratnya untuk memperisterikan Fatimah. Segalanya hampir sempurna setelah mendapat persetujuan dan restu daripada kedua ibu bapa bagi pihak Fatimah. Namun, sebuah konflik berlaku di saat Mus ingin menyatakan hasratnya itu kepada kedua ibubapanya untuk menikahi seorang gadis yang bukan daripada kaum India. Walaubagaimanapun, segalanya harus diselesaikan dengan segera.
Yang pasti inilah masanya untuk segalanya terungkai. Ya,waktu yang sangat sesuai untuk menjadikan rahsia bukan lagi tinggal sebuah rahsia.! Dia sentiasa mendoakan kebaikan di sebalik ujian-ujian ini demi ingin menjaga ukhwah kekeluargaan agar masih dapat dijaga walaupun berlainan kepercayaan. Kasih sayang terhadap ahli keluarga yang selama ini banyak berjasa kepadanya tidak pernah dilupakan meskipun ianya mungkin sekali menjarakkan perhubungan mereka di atas keputusannya memeluk agama islam. Walaubagaimanpun, ini tidak bermakna Mus berpaling daripada kasih sayang dalam ikatan kekeluargaannya.
SEGALA RAHSIA TERBONGKAR…
Dengan kekuatan yang ada Mus mencari idea membongkarkan segalanya.Insan yang pertama menjadi sasarannya adalah ibunya. Mus memberanikan diri untuk mula menjelaskan satu persatu kepada ibu kesayangannya itu berkaitan dengan hasratnya untuk memperisterikan Fatimah. Sangkaannya memang benar pabila ibunya mempamirkan riak marah,sedih dan kecewa dengan tindakannya itu. Kenyataan itu membuatkan hati seorang ibu kepada anaknya terasa sedih dan sangat kecewa akan kebenaran yang diterangkan. Apatah lagi hati bapanya.
Namun sebagai orang tua,mereka memahami akan kehendaknya walaupun masih menyimpan rasa kecewa yang teramat sangat. Syukur, segalanya menjadi sedia kala walaupun perlu melalui sedikit ketidakpersefahaman antara Mus dengan bapanya. Bapanya ketika itu masih lagi tidak dapat menerima sepenuhnya kenyataan anaknya bukan lagi penganut agama India. Namun dia redha,setidak-tidaknya dia tidak perlu lagi berahsia akan statusnya kini daripada pengetahuan semua setelah disimpan selama dua tahun lamanya. Lega rasanya setelah semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna.
GERBANG PERKAHWINAN SEBAGAI SEORANG MUSLIM..
Pada tanggal 9 November tahun 1994, Muzhafar bersama pasangannya Fatimah bt Ismail selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri yang sah hanya dengan sekali lafaz sahaja serta disaksikan oleh beberapa orang saksi. Upacara perkahwinan yang mengikut cara islam dan diselangi dengan adat-adat melayu sangat memberi makna kepada Mus memandangkan isterinya adalah merupakan orang melayu yang berasal dari Kedah.
Saat melafazkan akad nikah di hadapan tok kadi.
Bersama puteranya,Muhd Uzair.
Setelah hampir enam tahun perkahwinan, akhirnya dengan rahmat Allah, pasangan ini selamat dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel. Syukur, dengan anugerah Ilahi ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhd Uzair yang kini telah berusia 11 tahun.
Sesungguhnya disebalik rahmat ini terselindung hikmah yang amat bermakna kepada Muzhafar kerana setelah lahirnya putera sulungnya, barulah bapanya mula terbuka hati untuk menerima kenyataan bahawa anaknya kini beragama islam. Keprihatin Mus sebagai seorang anak yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya untuk menziarahi ibu bapa kesayangannya pada hujung minggu mahupun ketika kedua orang tuanya sedang sakit meruntunkan hati bapanya kini. Kebahagiaan menerima seorang cucu melenyapkan segala api kemarahan serta kekecewaannya selama ini.
Bapa Mus mengukir senyuman bahagia disaat menimang cucunya yang pertama.
PERANANNYA DALAM DAKWAH…
Peranan Kepada Diri..
Kini Muzhafar amat bersyukur ke hadrat ilahi,dengan limpah kurnianya, hidupnya sentiasa dilindungi yang Maha Kuasa. Malah dia juga tidak lupa memanjatkan doa agar seluruh keluarganya mendapat hidayah walaupun ianya mustahil tanpa izin Allah. Sekurang-kurangnya dia telah berusaha sebaik mungkin merealisasikan impiannya untuk membina sebuah keluarga bahagia dengan cara hidup islam. Ketenangan dan kesempurnaan agama islam yang syumul mencorakkan hidupnya menjadi insan yang berakhlak mulia.
Segalanya bermula dari sebuah buku yang menceritakan betapa pedihnya azab kubur kepada umat manusia yang melakukan dosa. Kesedaran untuk melakukan anjakan paradigma terhadap sistem kehidupannya jelas membuahkan hasil atas usaha kerasnya melaksanakan segala tuntutan setelah menjadi seorang muslim.
Peranan Kepada Keluarga..
Dengan berbekalkan ilmu agama yang ditimba setelah bergelar muslim, Mus sentiasa memanfaatkannya untuk diamalkan dalam kehidupan seharian memandangkan kini sudah bergelar seorang bapa dan seorang suami sebagai ketua keluarga. Puteranya dididik untuk sentiasa menghormati orang tua dan tetamu yang hadir ke rumah. Selain itu, anaknya diasuh untuk berdisplin dalam melaksanakan solat tepat pada waktunya. Malah dia juga tidak pernah lupa untuk membawa keluarganya memenziarahi sanak saudara agar ukhwah antara mereka tidak akan pernah putus meskipun berlainan agama namun kasih sayang tetap semakin utuh dalam kelompok keluarga yang berlainan bangsa.
Peranan Kepada Masyarakat..
Setelah bergelar muslim, Mus bersyukur kerana kehadirannya sebagai saudara baru dalam islam diterima oleh masyarakat. Segala permasalahan berkaitan dengan agama sentiasa dirujuk kepada sahabat-sahabatnya yang muslim dan rakan-rakan seperjabatnya. Sepanjang dua tahun menyambunyikan rahsia keislamannya daripada pengetahuan keluarga, Muzhafar menjadikan masjid sebagai rumah keduanya untuk beribadat. Hal ini mendedahkannya untuk berkenalan dengan masyarakat luar di samping bertanya pendapat berkaitan dengan hal agama. Selain itu, Mus juga meringankan tulang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan seperti gotong royong, kenduri kendara dan sebagainya di samping menghulur bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Peranan kepada Negara..
Kerjaya sebagai kerani memaksanya untuk sentiasa berakhlak mulia di hadapan para pekerja, staf-staf, mahupun majikannya sendiri. Cara berkomunikasi yang beretika dan sopan ketika berinteraksi dengan orang-orang atasan mahupun pelawat luar negara dipraktikkan berdasarkan suruhan dalam ajaran agama islam. Sesungguhnya dia sedar, pekerjaan adalah satu ibadah. Dalam melakukan suatu pekerjaan, sifat toleransi, jujur, amanah dan bekerja keras harus tersemat di jiwa untuk memperoleh rezeki yang halal. Justeru Negara juga akan ledih maju dan dihormati dengan imej negara islam yang berjaya.
PENUTUP…
Sebagai rumusan yang dapat saya simpulkan bahawa perjalanan seorang muallaf yang telah saya ceritakan dalam tugasan saya memberi seribu erti kepada saya malah juga kepada sesiapa sahaja yang membaca serta menhayatinya. Kepayahan dalam meniti cabaran yang dilalui sejak pengislamannya sebagai muslim ditempuh satu persatu dengan kesabaran yang tinggi. Sesungguhnya kekuatan dan ketabahan tersebut hanyalah ilham daripada Yang Maha Mengetahui akan tahap kesanggupan serta ketahanan seseorang hambaNya.
Berdasarkan dalam firmanNya..
“…Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya….”
(Surah Al-Baqarah : 286)
Kisah tauladan daripada seorang mualaf yang sentiasa berharap keredhaan Allah ini, menjadikan saya lebih bersyukur kerana sememangnya telah dilahirkan sebagai seorang muslimah dengan cara hidup islam yang syumul. Saya berharap hasil tugasan saya ini bermanfaat kepada sesiapa yang membacanya dan dijadikan sebagai iktibar serta pedoman kepada mualaf-mualaf di luar sana yang masih mencari cahaya keimanan dalam menempuh dugaan mendatang.
FirmanNya..
“…Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam) ; sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepda Thaghut dan beriman kepada allah, maka sesungguhnya ia telah memegang tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui…”
(surah Al-Baqarah : 256)
Akhir sekali, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada Encik Muzhafar sekeluarga kerana sudi mengundang saya sekeluarga ke rumahnya untuk ditemu ramah bagi menyelesaikan tugasan saya ini dengan jayanya. Kerjasama daripada beliau sekeluarga yang sanggup meluangkan masa melayan saya sekeluarga ketika di rumahnya sangat dihargai dan dikenang selamanya.
RUJUKAN
http://www.mualaf.com
Daud bin Abdullah (bapa saya)
Encik Muzhafar Kalaisevel bin Abdullah (mualaf)
Pn Fatimah bt Ismail (isteri mualaf)
Woo... panjangnye.... boleh ke bt word form lain???
ReplyDelete